Tersebut dalam kitab An-Nafkhatul Ambariah (Hembusan Ambar) yang ditulis oleh Sheikh Muhammad As Suhaimi, bahawa pada malam yang akan berlaku Isra' dan Mikraj itu maka Nabi Muhammad SAW telah dibedah dadanya dan telah dibersihkan hatinya oleh Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, dan kemudian telah dicap di antara dua tulang belikatnya akan "Khatamun Nubuwwah"
Dan ia mempunyai beberapa khasiat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi r.a. yang berkata :
Sesiapa yang berwudhu dan melihat akannya pada waktu Subuh, nescaya ALLAH akan memeliharanya hingga ke petang.
nescaya ALLAH akan memeliharanya hingga ke pagi, dan sesiapa melihat akannya pada awal bulan nescaya ALLAH akan memelihara hingga ke akhir tahun daripada bala' dan kecelakaan. Dan sesiapa melihat akannya pada waktu pelayarannya nescaya pelayarannya itu akan mendatangkan berkat kepadanya. Dan siapa mati pada tahun itu, ALLAH mematikannya dalam iman. Malah aku memohon kepada ALLAH Ta'ala agar sesiapa melihat akannya dengan sebenar-benar kesayangan dan kepercayaan walau sekali sahaja dalam hidupnya, nescaya ALLAH memeliharanya dari segala yang dibenci olehnya sehinggalah ia bertemu dengan ALLAH (mati).
sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:
"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."
Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar